Monday, September 30, 2013

Latihan Kawasan Perairan yang Mengelilingi Malaysia

1. Lengkapkan rajah berikut dengan jawapan yang betul.


Latihan Objektif

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Di manakah kedudukan Malaysia di Asia Tenggara?
    A    Atas
    B   Bawah
    C   Tengah
    D   Kanan 

2. Negara-negara jiran Malaysia yang terletak di bahagian utara terdiri daripada:
    I    Laos
   II    Thailand
  III    Filipina
  IV   Singapura

    A    I   dan   II
    B    I   dan   IV
    C    II  dan   III
    D    III dan   IV

3. Negara yang terletakk di selatan Malaysia ialah:
  
    A    Laos
    B   Thailand
    C   Filipina
    D   Singapura

4. Selat Tebrau memisahkan Malaysia dengan

    A   Singapura
    B   Kemboja
    C   Vietnam
    D   Brunei

5. Negara yang manakah bersempadan dengan Malaysia?

    A   Thailand
    B   Laos
    C   Filipina
    D   Myanmar

6. Malaysia terletak di benua:

    A   Antartika
    B   Asia
    C   Eropah
    D   Amerika Utara

7. Yang manakah bukan arah mata angin yang utama?

    A   Barat
    B  Tenggara
    C  Timur
    D  Utara

8. Lautan yang memisahkan Malaysia dengan Benua Afrika ialah

    A   Lautan Atlantik
    B   Lautan Pasifik
    C   Lautan Antartik
    D   Lautan Hindi

9. Antara berikut, yang manakah benar mengenai kedudukan Malaysia?

    A   Terletak di utara Thailand
    B   Terletak di Benua Afrika
    C   Terletak di Benua Asia
    D   Terletak di Asia Timur

10. Pilih pernyataan yang tidak benar.
  
    A   Malaysia tidak terletak dalam lingkungan gunung
         berapi yang masih aktif
    B   Lautan Hindi mengelilingi Benua Asia di bahagian
         selatan
    C   Benua Asia terbahagi kepada 7 bahagian
    D   Lautan yang memisahkan Benua Asia dengan Benua 
          Amerika Utara ialah Lautan Pasifik



Latihan Kedudukan Malaysia di Asia tenggara


B. Kedudukan Malaysia Di Benua Asia dan Di Dunia

1. Malaysia terletak di Benua Asia.
2. Dengan meletakkan mata angin, kita akan dapati bahawa Malaysia terletak di tenggara Benua Asia iaitu di Asia Tenggara.
3. bahagian-bahagian Benua Asia yang lain ialah:
   a)Asia Timur
   b)Asia Tengah
   c)Asia Selatan
   d)Asia Barat/Timur Tengah

4. Kedudukan sesebuah negara dapat ditentukan menggunakan arah mata angin.
5. Empat arah mata angin utama: 
   a)Utara                       c)Timur
   b)Selatan                   d)Barat
6. Empat arah mata angin perantaraan ialah:
    a)Timur Laut              c)Barat Laut
    b)Tenggara                d)Barat Daya
7. Kompas ialah alat yang paling biasa digunakan untuk menentukan arah sesuatu tempat atau mata angin.
8. Kompas digunakan oleh ahli pelayaran sebagai panduan ke sesuatu tempat.
9. Garisan bujur 0 darjah dalam peta dunia dapat menentukan sesuatu tempat di timur atau di barat.
10. Di dalam peta dunia, Malaysia terletak di timur.
11. Terdapat 7 benua di dunia iaitu:
    a)Benua Afrika                    e)Benua Oceania    
    b)Benua Amerika Utara        f)Benua antartika
    c)Benua Amerika Selatan    g)Benua Eropah
    d)Benua Asia
12. Benua yang paling besar di dunia ialah Benua Asia dan yang paling kecil di dunia ialah Benua Oceania          

A. Kedudukan Malaysia Di Asia Tenggara

1. Malaysia terletak di Asia Tenggara.
2. Kedudukan Malaysia berada di tengah-tengah Asia Tenggara.
3. Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
4. Kawasan Perairan yang mengelilingi Malaysia ialah:
    a)Selat Melaka
    b)Selat Tebrau
    c)Laut Sulu
    d)Laut Sulawesi
    e)Laut China Selatan
5. Negara-negara Asia Tenggara yang hampir dengan Malaysia  
    ialah:
    a)Thailand           c)Singapura
    b)Indonesia         d)Brunei Darussalam
6. Negara-negara lain yang terletak di Asia Tenggara ialah:
    a)Singapura         f)Myanmar
    b)Laos                   g)Thailand
    c)Filipina              h)Kampuchea
    d)Vietnam            i)Brunei Darussalam
    e)Indonesia          j)Timor Leste
7. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah ditubuhkan pada tahun 1967 dan dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Laos, Kampuchea, Brunei Darussalam, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam