Monday, September 30, 2013

B. Kedudukan Malaysia Di Benua Asia dan Di Dunia

1. Malaysia terletak di Benua Asia.
2. Dengan meletakkan mata angin, kita akan dapati bahawa Malaysia terletak di tenggara Benua Asia iaitu di Asia Tenggara.
3. bahagian-bahagian Benua Asia yang lain ialah:
   a)Asia Timur
   b)Asia Tengah
   c)Asia Selatan
   d)Asia Barat/Timur Tengah

4. Kedudukan sesebuah negara dapat ditentukan menggunakan arah mata angin.
5. Empat arah mata angin utama: 
   a)Utara                       c)Timur
   b)Selatan                   d)Barat
6. Empat arah mata angin perantaraan ialah:
    a)Timur Laut              c)Barat Laut
    b)Tenggara                d)Barat Daya
7. Kompas ialah alat yang paling biasa digunakan untuk menentukan arah sesuatu tempat atau mata angin.
8. Kompas digunakan oleh ahli pelayaran sebagai panduan ke sesuatu tempat.
9. Garisan bujur 0 darjah dalam peta dunia dapat menentukan sesuatu tempat di timur atau di barat.
10. Di dalam peta dunia, Malaysia terletak di timur.
11. Terdapat 7 benua di dunia iaitu:
    a)Benua Afrika                    e)Benua Oceania    
    b)Benua Amerika Utara        f)Benua antartika
    c)Benua Amerika Selatan    g)Benua Eropah
    d)Benua Asia
12. Benua yang paling besar di dunia ialah Benua Asia dan yang paling kecil di dunia ialah Benua Oceania          

No comments:

Post a Comment